Senin, September 28, 2009

Review Album Tahajjud Cinta-Siti Nurhaliza

Review Album Tahajjud Cinta [Archive]

Review Oleh Khyree

Asma Ul Husna

Airmata Meleleh.. itulah kali pertama Khyree mendengardengan kusyuk sekali, meniti dan menilai setiap lirik yang tertera di IN-Lay Tahajjud Cinta. Arrangement yang simple tetapi penuh dengan suasana syahdu, Diiringi dengan suara latar, ternyata lagu ini memang sungguh menenangkan.Mengingatkan kita kepada yang Maha ESA. Sungguh indah musik di dalam lagu ini.


8/10

Pintu Rindu

Sesuatu yang baru, tidak meleret leret dan lagu inimempunyai cerita di balik liriknya apa bila kita teruskan menilai dan mentafsirkannya. Khyree rasa lagu ini paling cepat mesra selain lagu “Ku Percaya Ada Cinta”. Arrangement musik yang sesuai untuk semua golongan para pendengar. Something new and something fresh.. I shall vote “Pintu Rindu”.

9.2/10

Tahajjud Cinta

Maaf kata jika Khyree ingin mengatakan lagu ini paling susah nak mendapat halwa telinga Khyree. Dah lebih 20 kali Khyree putarkan tetapi tetap susah hendak melekatkannya. Walaubagaimanapun, lagu ini memang istimewa.Mempunyai maknanya dan isi yang tersendiri. Music arrangement yang simple tapi sedap di dengar.

6/10

Batas Asaku

Bak kata pembantu rumah Khyree, lagu ini memang berhantu ditelinga Khyree. Lirik yang penuh erti dan alunan dato siti nurhaliza memang tidak perlu dinafikan lagi. Simple lirik dan simple music makes the music goes wow!.

8/10

Ku Percaya Ada Cinta

Lagu yang satu satunya ada unsur Pop-Arabic di dalam album ini. Lagu yang paling senang nak melekat di telinga Khyree dan tidak jemu untuk di putarkan beberapa kali. Selebihnya di bahagian korus. Indah sungguh katakata yang ditulis oleh Habsah Hassan. Khyree fikirkan lagu ini adalah lagupaling hebat selepas Asma Ul Husna & Pintu Rindu.

10/10

Ya Rasulullah

Lagu yang Khyree kira lagu memang sesuai di putarkan pada waktu bila bila. Sedap dan ringkas bunyinya. Melodi arrangement yang syahdu dan melodramatic (diiringi dengan suara latar). Lagu yang menjunjung Nabi Nabi kita.


9/10

Ketika Cinta

Khyree masih lagi suka dengan Batas Asaku dari Ketika Cinta. Namun lagu ini juga senang untuk tangkap di telinga Khyree. Sungguh merdu danredup mendengar lagu ini. Bahagian korus adalah paling menyerlah di dalam laguini. Melodi yang indah dan ringkas.

7/10

Selawat

Lagu penutup untuk album Tahajjud Cinta ini di kira langkah paling bijak. Lagu yang paling kita kerap dengar apabila majlis maulidur rasul.Kini tidak perlu menunggu kerana kita sudah ada lagu ini di Album TahajjudCinta. Melodi yang sememangnya “fits” to the song. Tahniah pencipta lagu ini.


8/10

Cover Album

Memang cantik, cantik dari album yang lain, Suasana redupdengan gaya dato siti nurhaliza yang sedang berdoa. Tahniah kepada Anuar Sujud.Insya Allah, layak menang Kategori Kulit Album Terbaik.

In-lay

Gambar yang cantik, teks yang senang untuk di baca danteratur. Senang untuk kira rujuk dan yang penting, Khyree dapat rasakan kualitibuku in-lay ini makin tinggi kualitinya. Cuba anda belek kembali album LENTERA TIMUR dan rasakan In-Lay album itu.

Keseluruhannya

Walaupon jumlah lagu ini sedikit, tetapi tidak terbatasdengan kata kata dan makna lagu yang tersirat di dalam sesebuah lagu; Syahdu, Insaf, Berdoa, Syukur Ke Hadratnya. Ternyata memang berbaloi untuk membeli dantidak jemu untuk di dengar…

Review oleh Khyree.

S$17.50 atau 29.90RM.

Review Oleh Fairuz Selamat [Artis Solo]




Vokal


secara keseleluruhannya, aku bagi siti 4 bintang untuk vokal dia.. intepretasi vokal siti seperti yang ada di dalam tahajjud cinta ini bukan jenis yang aku suka dari siti, kerana aku suka siti denggan lontaran yang "powerhouse". untuk tahajjud cinta, siti simpan.. dan siti lbhkan dengan lenggok dan teknik apungan. tapi aku tak rasa ada apa-apa masalah. kerana apa, siti sesuaikan suara dia dengan jenis lagu dan konsep album ini sendiri. siti lebihkan kepada panjiwaan dan penghayatan kepada lenggok itu sendiri. kurang sesuai untuk lirik yang berkonsepkan ketuhanan, suara terjerit2 kan... tapi untuk album seterusnya.. aku harap sangat siti persembahkan seperti apa yang dia pernah ikat hati aku dalam album prasasti seni dan transkripsi. apa apa pun, aku memang terbuai sangat dengan alunan lenggok dan lontaran siti dalam kebanyakan track dalam tahajjud cinta ini. itu memang kelebihan siti.. mengikat pendengar dengan penjiwaannya.. dengarkan vibrato siti, dinamik, hembusan nafas dalam setiap artikulasi, penggunaan suara dada dan high register yang sangat baik. paling aku suka suara siti dalam lagu tahajjud cinta. kalau album ini akan dipertandingkan di aim. SNP boleh calonkan lagu tahajjud cinta dan juga ku percaya ada cinta untuk katagori vokal wanita terbaik.
Layout

cemerlang. pada aku siti memang sudah temui pada mereka yang tepat untuk menghasilkan cover album yang sangat cemerlang. produksi yang sama untuk lentera timur yang pada aku antara hasil terbaik yang pernah dihasilkan di malaysia. pada penglihatan pertama aku, pada aku cover album ini memang sangat cantik, dan apabila aku belek satu persatu muka surat dalam buku lirik ni, aku rasakan gambar untuk cover itu antara yang paling kurang menyerlah. kerna, dlaam buku lirik ni, semua gambarnya sangat bagus. pencahayaan, editing, ekpresi siti, setting tempat itu sendiri, shot kamera.. memang cemerlang. tapi hanya ada satu yang aku paling tak gemar. kenapa cover untuk cd terlalu simple. kalau diasingkan cd ni, dan kita lihatnyua sebagai satu item, tak ubah mcm cover vcd telemovie murah. hanya gambar awan yang di edit. aku rasa perlu ada sedikit penekanan terhadap cover cd ni. biar nampak lebh gempak. mungkin separuh muka gambar siti, atau mungkin gambar pokok yang menjadi trademark tahajjud cinta ni.

Gubahan/susunan

cemerlang.. pemilihan yang tepat dengan memilih fauzi marzuki sebagai penerbit utama dalam album ini. penggunaan instrumen yang pada aku sangat bertepatan. tak lebih, dan tak kurang. penggunaan beberapa intrumen seperti cello memang bg impak yang baik untuk sesetengah lagu. secara keseluruhan, aku rasa arrangement untuk tahajjud cinta ini boleh dikatakan cemerlang. bersahaja. cuma mungkin kalau ada yang aku nak pertikaikan, kenapa kebanyakan lagu di gubah menjadi sangat slow dan melankolik. kerana kita tau album ini bukan album nasyid, bukankah lebih baik kalau ada sesetengah track disuntik dengan elemen yang sedikit laju. mungkin pada drumnya. akan lbh menarik pada aku. ye lah album ketuhanan jga harus ada elemen yang memberangsangkan.. taknak la nanti keluar statement, lagu ketuhanan mcm lagu tidur je..




Asma Al Husna
melodi- Eirma Fatima
permulaan yang sangat baik untuk album ni. aku suka dengan gubahan untuk track ini. aku sangat suka dengan cello yang digunakan. bg elemen misteri untuk intronya. violin juga dimainkan dengan sangat baik. sesuai dengan mood lagu ni. lagu ni menarik. vokal siti juga cemerlang pada aku. dalam membawakan nama2 allah, siti pada aku cukup sederhana. itu yang terbaik. tak perlu nak melenggok2 sangat. melodi nya juga sangat bagus. pertama kali dengar di youtube, walaupun bukan versi penuh, aku dah asyik terbayangkan melodinya. cuma ada sedikit yang aku agak tertanya, kenapa sebutan siti untuk astaghfirullah bunyinya seperti astafirullah... astaGH nya seperti tak kedengaran.

Pintu Rindu
Lagu- Copyright
Lirik- Hairul Anuar Harun
terus terang, kali pertama mendengar track ni, aku kurang melekat. mungkin kerana track pertama tadi sudah dibuai dengan track perlahan.. tetapi makin hari mendengar, aku akui melodi lagu ni antara yang paling indah. melodi ini bukan ciptaan baru, ia melodi satu lagu selawat lama. yang agak popular di sekitar negeri2 selatan kita. cume diubah liriknya dengan lirik baru ciptaan hairul anuar harun. pada aku lirik ini sangat bagus. menceritakan tentang waktu kita menanti waktu untuk bertemu dengan NYA yang esa. suara siti juga cemerlang. ad-lip permulaan itu sahaja dah membuai hati aku. suara siti dalam lagu ni aku boleh sifatkan, merintih tetapi dalam masa yang sama penghasilannya sangat comel. ini yang membuat lagu ni istimewa. melodi yang sangat menarik.


Tahajjud Cinta
Lagu- Eirma Fatima
Lirik- Hairul Anuar Harun
melodi terbaik dalam album ini. lagu yang sangat indah. permulaannya saja sudah cukup bagus. intro yang sangat mengasyikkan. masuk saja suara siti, aku rasa sangat terbuai. sekali lagi hairul anuar harun menjalankan tugas dengan sangat baik. aku sangat suka dengan lirik lagu ini. menggambarkan betapa indahnya cinta ilahi itu. aku sangat terbuai dengan liriknya. kembali kepada melodi, aku rasa setiap aliran nota2 muzik dalam lagu ini di susun dengan begitu baik. persis lagu pop. cume di gubah supaya nampak lbh kepada konsep ketuhanan. sangat menarik. gubahan juga sgt bagus. gabungan viola dan violin sgt mengasyikkan. vokal siti antara yang paling cemerlang dalam lagu ini. setiap rangkap di isi dengan jiwa yang berbeza. aku dapat rasakan klimak dalm rangkap2 yang berbeza. penjiwaan siti dalam lagu ini memang mempunyai level2 yang berkahir dengan sgt sempurna. cuma yang aku rasa sedikit terkilan, graf lagu ini terlalu mendatar. aku rasa kalau sesetengah part dilajukan sedikit, drum juga stylenya diubah menjadi sedikit semangat, lagu ini akan jd sgt menarik. sbbnya aku rasa dah ok, tp dengar sekali imbas lagu ni terutamanya drum, temponya sgt slow. hanya di bahagian stroke sahaja lajunya, jadi keseluruhannya lagu grafnya mendatar. tapi apepun , lagu ini bermain di bibirku setiap hari..!

Batasku Asaku
Lagu- Siti Nurhaliza
Lirik- Attan Hardilas
sukar untuk aku menilai lagu ini, kerana lagu ini sudah terlalu biasa di pendengaranku sejak berbulan2 lalu. bagaimana mahu menilai di samping beberapa lagu baru... memang mengambil masa. lagu ini menarik. saat pertama kalu mendengarnya, aku rasakan melodinya biasa tetapi menarik, melodinya bermain dalam alur nota muzik yang variasi. dari major ke minor.. juga byk flat. itu yang buat lagu ini menarik. syabas kepada siti yang mewujudkan melodi ini dan tahniah kepada penggubah. mengenai lirik. sangat bermakna, yup. aku mengambil masa untuk memahami apa yang disampaikan. terlalu berkias dengan ayat yang biasa. apa yang aku paham, ia menceritakan tentang betapa besarnya kuasa ilahi. yang tidak akan terlawan dek kemampuan kita. hanya kepadaNYA kita mampu berharap. apabila kita diambang kesusahan didunia ni, hanya kepadaNYA tempat terbaik untuk kita mohon bantuan. setakat yang aku mengerti lah. vokal siti?.. aku rasa hebat. tidak terlalu bermain dengan lenggok, siti bermain dengan teknik apungan yang di digabungkan dengan lontaran high register. menarik. kedengaran tenang walaupun pada bahagian yang agak sukar

Ku Percaya Ada Cinta
Lagu- Audi Mok
Lirik- Habsah Hassan
Lagu baru pertama yang aku dengar untuk album ini. aku dengar di youtube. saat pertama mendengar track ini, aku sedikit pelik. aku rasakan lagu ini kacau bilau. dengan melodi yang sgt melankolik di bahagian intro, terus kepada part yang sedikit rancak, dan terus kepada bahagian yang seperti lagu patriotik ini. memang pelik.. dengar.. dan aku terus dengar.. dan setelah mendengar beberapa kali, aku simpulkan, lagu ini adalah hasil yang sangat kreatif dan tak salah untuk aku anggap sebagai lagu terbaik dalam tahajjud cinta. gabungan beberapa part yang berlainan ini menjadikan graf lagu ini sgt aktif. dr bahagian yang indah, kepada bahgian yang semangat dan terus kepada bahagian yang merintih. aku suka dengan gubahan nya juga. simple. dengarkan gubahan pada bahagian patriotik itu, seperti satu dentuman semangat .. simple.. dengan bunyi hanya beberapa instrumen, ia menjadi sgt klasik di pendengaranku. lirik, sgt indah. habsah hassan tidak pernah gagal dalam penglihatanku. ya ada yang kurang percaya dengan cinta ilahi ini. ataupun ada yang pandang sepi terhadap cinta abadi pencipta ini. setinggi mana kita pergi, lihatlah tanah yang dipijak dan langit yang membumbung bumi ini. percayalah, allah sentiasa cintakan kita, sehebat mana diuji kita, percayalah, cinta itu wujud. lirik yang sgt bagus. vokal siti juga cemerlang. mungkin lagu ini graf nya tidak terlalu besar, siti tiada masalah dalam penyampaiannya. emosi siti juga aku sgt suka. aku paling suka apabila siti menyebut "demi cinta".. aku rasa sesuatu di situ. cuma apabila di verse pertama apabila siti menyebut perkataan "cintalah yang memungkinkan segala"... perkataan "yang" itu seperti sedikit flat. tp di ulangan kedua juga begitu. mungkin memang kehendak penerbit aku rasa.

Ya Rasulullah
Lagu- Abu Bakar Mohd Yatim
lagu yang sgt mengasyikkan. lagu ini tidak asing pada aku. selawat ini seringkali aku nyanyikan untuk team nasyidku. tidak masalah dengan susuann muziknya. simple. seperti mini okestra.. pengunaan instrumen yang minimum. mungkin mahu menonjolkan vokal siti. namun mungkin akan lbh menarik kalau dittambah dengan gesekan violin yang lbh merintih. apepun aku rasa tidak ada masalah dengan susunan muziknya. sudah cukup bagus. mengenai lirik, lirik nya juga tidak ada yang perlu aku bicarakan. lirik ini memang sudah sedia ada. lirik yang indah memuji nabi terulung kita. vokal siti pula sgt cemerlang. layangan vokal siti cukup lembut.. ckup mengasyikkan. aku memang terbuai dengan lagu ini selain kerana melodinya, adalah kerana vokal siti sendiri. lenggok yang minimum tetapi diisi dengan penjiwaan yang mewah, ia seperti menangkap jiwa yang mendengar.

Ketika Cinta
Lagu- Opick
Lirik- Opick
sebenarnya, kalau lagu ini lagu baru dalam album tahajjud cinta ni, aku akan letakkan lagu ini sebagai lagu terbaik. lagu ini mempunyai melodi yang sgt indah. susunan nota notanya terlalu indah. pergerakan notanya bermain dalam satu alur yang sgt indah. dari satu verse ke satu verse ia seperti memanggil, memanggil dan memanggil au untuk terus mendengar. gubahan yang sgt cemerlang. dengarkan intronya.. simple tetapi cukup klasik.. masuk saja verse pertama. hanya iringan piano yang mendominasi.. cukup mengindahkan suara siti. seterusnya apabila sampai di bahagian korus dan ke akhirnya, muziknya semakin penuh dengan drum dan beberapa instrumen. lagu ini indah kerana grannya sgt variasi. dr alunan yang sungguh merdu, menjadi sedikit kalsik dengan lontaran soprano/ high register siti. lagu ini seperti lagu yang ckup sempurna bagi aku. puas mendengarnya. seperti mendengar berbagai2 teknik daripada siti. liriknya juga sgt indah. juga menceritakan tentang cinta ilahi. keindahan dan kehebatan yang akan kita rasa saat cinta ilahi itu memanggil.. suara siti?.. cukup baik. sejujurnya, lagu ini bukan lagu yang mudah, tp siti melaksanakan dengan baik. aku boleh menangis mendengar emosi siti setiap kali lirik "rindu, rindu rindu kalbu".. itulah siti. melontarkan emosi melalui suara. lagu yang sgt indah.

Selawat
Lagu- Copyright
Lirik- Copyright
juga track yang mengasyikkan. mungkin tak asing bg kita semua kerana selawat ini sudah sering kita dengar bukan. di kenduri, masjid, surau, selalu kita bacakan selawat ini. kali ini dihasilkan dalam hasil yang lebih merintih pada aku. susunan muziknya tidak banyak beza denga track ya Rasulullah tadi. simple. hanya iringan gendang(kalau tak silap aku), dengan string yang minimum. juga dengan sound keybord yang juga minimum. jd penumpuan pendengaranku lebih kepada vokal siti. mengenai suara siti, ya, melodi seperti ini memang makanan siti. siti melontarkan dengan sangat baik. penghayatan yang sangat menusuk. dengarkan suaranya pada minit ke 2.29.. sangat indah. tak salah kalau aku katakan ibarat bidadari suaranya. cuma yang aku kurang suka apabila terlalu banyak part suara latar. aku tak tau apa motifnya. mungkin kerana ini selawat jadi perlu dijaga pengucapaannya atau apa aku tidak tahu. tapi aku rasa terlalu banyak bahagian suara latar itu.



Keseluruhan

secara keseluruhannya, aku merasakan penghasilan album tahajjud cinta ini, bukan lah satu penghasilan yang hebat seperti Lentera Timur ataupun Transkripsi. tahajjud cinta lebih kepada hasil yang menyenangkan. siti pernah membuat kenyataan yang album ini bukan album nasyid, tetapi boleh dianggap projek pop terbaru beliau, dalam konsep yang lebih kepada ketuhanan. memegang kepada kata2 siti itu, aku seperti keliru mahu meletakkan album ini dimana. kerana pada sangkaan awal aku, siti akan menghasilkan album yang lagunya rata2 seperti lagu ketika cinta atau pun ku percaya ada cinta. maksudnya melodi yang lbh pop dengan lirk ketuhanan. tetapi album ini menampilkan 5 lagu dan 3 selawat. 2 drpada lagu sudah sedia ada iaitu ketika cinta dan batasku asaku. jadi aku merasakan album ini tak ckup "pop". meletakkan 8 lagu juga memang tidak aku setujui dr mula lagi. lebih2 lagi bagi "siti nurhaliza" yang kita tau betapa kuat sokongan peminat yang akan membeli albumnya. dengan harga yang sama rm29.90, aku memang merasakan seperti terkilan dengan hanya 8track. 3 dripadanya adalah selawat. dua dripada lagunya sudah aku ada berbulan dulu. selain itu aku juga merasakan album ini terlalu slow. kerana rata2 tracknya semua slow kecuali ketika cinta dan ku percaya ada cinta. kalau siti tambah lagi dua lagu, yang berkonsepkan seperti ketika cinta, album ini akan menjadi lebih puas didengar. aku pada awalnya merasakan siti akan menghasilkan lagu2 seperti kumpulan inteam, kerana muzik meraka lebih kepada pop dengan lirk ketuhanan. tp aku silap. tahajjud cinta lebh slow dr itu. apepun, aku puas hati dengan album ini. dengan alunan cemerlang siti dan penghayatannya, album ini boleh menjadi panduan yang baik melihat kepada setiap lirik yang disampaikan. cuma ia boleh menjadi lebih baik. tak salah kalau lagu ketuhanan seperti lagu ditaman teman tu.. lirik saja di tukar... kan?..

credits to Fairuz Selamat

Review Oleh Berita Harian, Singapura

Cakap apa sahaja jenis dan rentak lagu yang tidak pernah Datuk Siti Nurhaliza rakamkan sejak beliau bergelar penyanyi nombor satu Malaysia. Tidak sia-sia nama beliau sering meniti di bibir peminat seni suara di seluruh nusantara. Masakan tidak, beliau telah dianugerahkan 'suara emas' yang jarang sekali dimiliki oleh penyanyi wanita yang sedia ada.

Sebagai langkah untuk mengembangkan bakat serta mengukuhkan lagi kedudukan beliau di persada seni suara, Datuk Siti Nurhaliza telah melahirkan sebuah album berunsur kerohanian pada 'tarikh keramat' 9 September 2009.

Memuatkan lapan buah lagu kesemuanya, Siti berjaya merakamkan album Tahajjud Cinta bagi memenuhi hasratnya yang terpendam selama ini untuk muncul dengan buah tangan terbaru yang berkonsep ketuhanan, selain permintaan para peminat yang tidak putus-putus supaya beliau tampil dengan album sedemikian rupa.

Idea untuk merakamkan album ini tercetus setelah Siti terlibat dalam pementasan teater Sirah Junjungan arahan Erma Fatima di Istana Budaya, Kuala Lumpu, selain menjayakan Konsert Malam Sinar Maulidur Rasul anjuran stesyen TV3 Malaysia, bersama Kumpulan Rabbani, Amy Search dan Akhil Hayy.

Album Tahajjud Cinta merupakan album dakwah kontemporari, dan bukanlah sebuah album nasyid sepenuhnya seperti yang kita dengar melalui album beberapa kumpulan nasyid yang sedia ada.

Tidak seperti lagu-lagu yang berentak pop dan tradisional yang pernah dirakamkan oleh Siti sebelum ini, vokal emas penghibur nombor satu ini amat terselah apabila mendendangkan lagu Asma Ul Husna dan Ya Rasulullah.

Akan terasa kesyahduannya apabila Datuk Siti mengalunkan setiap baris lirik dengan penuh penghayatan berserta dengan lenggok suara merdu beliau yang tersendiri lagi meruntun jiwa!

Memandangkan industri muzik Malaysia ketandusan penyanyi wanita yang mampu merakamkan lagu-lagu seumpama ini, tidak mustahil sekiranya Datuk Siti Nurhaliza beralih kepada konsep album berbentuk kerohanian bagi album-album beliau yang bakal menyusul di masa hadapan.

Album yang diterbitkan oleh Siti nurhaliza Productions (SNP) dengan kerjasama Suria Records ini turut memuatkan dua lagu yang pernah terkandung dalam album runut bagi filem Indonesia, Perempuan Berkalung Sorban, iatu Batasku Asaku dan Ketika Cinta.

Selain lagu ciptaan terbaru Erma Fatima (Tahajjud Cinta) yang di jadikan sebagai tajuk album, ia juga memuatkan lagu Ku Percaya Ada Cinta , Selawat dan Pintu Rindu.

Menggunakan khidmat Eddie Marzuki, Audi Mok, Tya Subiakto serta Datuk Siti sendiri sebagai penerbit album, tidak rugi rasanya anda memiliki salah sebuah album terbaik penyanyi berdagu lekuk ini.

sumber: Berita Harian Singapura, 26 September 2009, Sabtu, Muka Surat 21

Sabtu, September 26, 2009

Tahniah Idul Fitri 1430 Hijriah


Peminat Siti mengucapkan selamat Hari Raya Idul fitri
1 Syawal 1430 Hijriah
Minal 'aidin walFa'izin
Mohon maaf lahir dan batin

Pengalaman Siti Berlebaran Tanpa Sang Ayah

Lebaran pertama tanpa bapa

Oleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my

SITI menjadi antara wajah paling banyak muncul di kaca TV biarpun kini sudah bergelar isteri.

MESKIPUN semakin banyak wajah baru muncul di pentas seni, penyanyi pujaan ramai, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin tetap menjadi pilihan stesen televisyen, majalah mahu akhbar untuk mengabdikan wajahnya sempena lebaran.

Tiada tanda-tanda langsung, populariti serta saham isteri kepada Datuk Khalid Mohd. Jiwa itu sedang turun, sebaliknya semakin meningkat pula.

Senang dengan pendekatan merendah diri dan ramah terhadap orang sekeliling antara punca nama Siti kekal di puncak, tambahan pula penyanyi nombor satu negara ini baru sahaja meluncurkan album kerohaniannya yang pertama yang berjudul Tahajjud Cinta.

Sedang pasaran album tempatan semakin nazak, Siti tidak menjadikan ia sebagai alasan untuk tidak mengeluarkan album. Sebaliknya muncul dengan album baru menjadi agenda wajibnya setiap tahun.

Baginya, apa yang dikurniakan semuanya kurniaan Allah dan dia sentiasa bersyukur dengan apa yang dimilikinya hari ini.

“Alhamdulillah saya masih laku dan masih sibuk. Orang kata kalau sudah kahwin saham sebagai artis semakin turun, takut juga kalau itu berlaku tetapi saya sudah bersedia dengan segala kemungkinan.

“Tetapi nampaknya, saya masih mendapat undangan nyanyian, sesi fotografi dan muncul dengan album baru,” katanya.

Bercerita tentang raya, tahun ini sudah pasti banyak bezanya dengan raya tahun-tahun lalu kerana Siti baru sahaja kehilangan bapa tercinta Allahyarham Tarudin Ismail yang meninggal dunia pada 15 Februari lalu akibat serangan jantung selain komplikasi buah pinggang dan kencing manis.

LANTERA AIDILFITRI menggabungkan Siti dengan Faizal Tahir dan Apek.

Tidak dapat menyembunyikan kesedihannya, Siti menyifatkan lebaran tahun ini kurang meriah berbanding tahun sebelumnya apabila mengenangkan ketiadaan bapa di sisinya.

“Memang sedih apabila teringat kenangan lalu berpuasa dan beraya dengan arwah abah. Dia suka melihat anak-anaknya berkumpul sewaktu berbuka dan bersahur.

“Dia hanya akan menjamah makanan selepas anak-anaknya selesai menikmati hidangan. Itulah yang paling digemari arwah setiap kali anak-anaknya pulang ke kampung ketika bulan Ramadan.

“Bila raya pun arwah abah suka berkumpul ramai-ramai dan masak macam-macam makanan. Bila arwah sudah tiada kami masih bertuah kerana dapat pulang menyambut raya bersama ibu di Kuala Lipis, Pahang,” ujarnya.

Siti yang mengerjakan umrah bersama suaminya baru-baru ini tiba di Malaysia pada pagi raya pertama dari kota Mekah.

“Kami sampai Kuala Lumpur pada pagi raya dan terus bertolak ke Kuala Lipis untuk beraya bersama ibu. Tidak ketinggalan saya melawat kubur arwah ayah. Sehari di Lipis saya dan suami ke Kedah sehari sebelum pulang semula ke Kuala Lumpur,” terangnya.

Lantera Aidilfitri

Berbicara tentang gabungan bersama Faizal Tahir dan Saiful Apek dalam program raya Lantera Aidilfitri yang disiarkan pada 21 September lalu, di Astro Ria, Siti menyifatkan ia sebuah program raya yang berbeza.

“Selalunya dalam program raya, Siti menyanyikan lagu raya tetapi dalam program raya kali ini Siti menyanyikan lagu moden dan hanya satu sahaja lagu raya bersama tetamu jemputan.

“Pakaian yang dipakai pun berbeza, campuran antara moden dan tradisional. Saya sengaja buat yang berbeza kerana sudah pasti pada hari raya banyak program akan siarkan lagu raya, jadi apa salahnya buat sedikit berbeza,” ungkapnya.

Menyentuh tentang pemilihan Faizal Tahir yang pertama kali diundang dalam program rayanya, Siti menjelaskan pilihan Faizal berdasarkan vokal dan karismanya sebagai penyanyi.

“Saya pun minat vokal dan lagu-lagu Faizal, jadi sebab itu saya pilih dia, semasa tawaran dibuat kepadanya, Faizal juga tidak menolak.

“Bagi saya dia seorang penyanyi yang mempunyai masa depan cukup cerah berdasarkan vokal, lagu serta pakej yang lengkap ada padanya,” tutur Siti.

SITI tidak dapat menyembunyikan kesedihan menyambut hari raya tahun ini bapa tersayang.

Apek pula satu kebiasaan bagi Siti kerana sudah lima tahun mereka bekerjasama dalam program raya. Keserasian yang wujud antara Siti dan Apek menyebabkan Siti tidak mampu untuk meninggalkan rakan duetnya itu tatkala tiba rakaman raya.

“Macam Apek memang dah biasa dengan saya. Cara dia mengendalikan program amat santai dan suka buat lawak secara spontan, itu yang berjaya menambat hati penonton,” kata Siti

Faizal pula menganggap tawaran yang diberi Siti kepadanya umpama satu penghargaan kerana dia sendiri antara jutaan peminat Siti Nurhaliza.

“Saya agak terkejut apabila diajak dalam rakaman ini sebab dia penyanyi nombor satu negara, saya pula masih hijau. Apa yang saya harapkan lepas ini, Siti tidak serik lagi mengundang saya,” bicara Faizal dalam tawa.

Dalam program Lentera Aidilfitri itu, sebanyak 11 buah lagu didendangkan khas untuk penonton Astro Ria, antaranya lagu Ku Mahu, Pastikan, Apa Guna Berjanji & Bosanova, Cintaimu, Di Taman Teman, Lucky, Engkau Laksana Bulan, Sampai Syurga, Bencinta dan lagu duet Siti bersama Faizal iaitu, Mahakarya Cinta dan Dialah Di Hati.

Selain itu mereka juga menyanyi bertiga dengan mendendangkan lagu Suratan atau Kebetulan serta Menjelang Hari Raya.

sumber: kosmo! online

Senin, September 14, 2009

Tahajjud Cinta, Lahir sebagai Oase Ramadhan

Album kerohanian pertama Siti

Oleh ZAMRI RAMBLI
zamri.rambli@kosmo.com.my



Menyaksikan persembahan Datuk Siti Nurhaliza Tarudin mendendangkan lagu Ku Percaya Ada Cinta sewaktu pelancaran album terbarunya, Tahajjud Cinta, seorang teman mengulas pendek, ‘Umpama mendengar suara bidadari mengalunkan irama dari syurga.’

Walaupun kami tertawa apabila, ulasannya yang turut dipanjangkan dalam Facebook dibalas seseorang, ‘Pernahkah mendengar suara bidadari?’ ternyata kelunakan suara penyanyi nombor satu negara itu tiada tandingan.

Meninggalkan majlis pelancaran di kompleks beli-belah Lot 10, Kuala Lumpur itu dengan jam di tangan menunjukkan hampir pukul 11 malam, cakera padat (CD), Tahajjud Cinta dipanjangkan ke pemain CD kereta.

Trek demi trek lagu daripada permulaannya Asma Ul Husna sehinggalah trek terakhir, Selawat dihabiskan untuk menjadi santapan halwa telinga. Sendirian dalam larut pekat malam, halwa telinga dan jiwa tiba-tiba tertangkap dan sangat tersentuh pada lagu Pintu Rindu dan Tahajjud Cinta.

Gemersik dan lemak merdu suara jelitawan bernama Siti terasa menusuk jiwa. Tatkala Siti melantunkan lirik lagu Tahajjud Cinta, ‘Ku haus di tengah laut, lemas mencari tempat berpaut, kirimkan aku kekuatan, peta pedoman di kesesatan…,’ perasaan hiba dan syahdu mula menerpa.

Tatkala itu hati saya membenarkan apa yang dikatakan teman tadi, Siti bagaikan seorang bidadari, membawa bingkisan untuk pedoman bersama.

“Tahajjud Cinta bukanlah hujah atau ceramah tetapi satu amanah. Apa sahaja yang diperoleh daripadanya diharapkan akan bercambah menjadi sesuatu yang baik serta melimpah sejuta rahmat dan hikmah,” demikian ungkap Siti mengenai bingkisan album barunya itu.

Mencuri sekitar setengah jam waktu penyanyi itu sewaktu sibuk melayan tetamu dan peminatnya di restoran eksklusif, Teeq Brasserie di atas bumbung Lot 10, Siti melontar keterujaannya dengan naskhah Tahajjud Cinta.

Betapa tidaknya, selepas 13 tahun menghasilkan satu demi satu album, inilah album sulung kerohanian daripada anak kelahiran Kampung Awah, Temerloh, Pahang itu.


SITI menghasilkan Tahajjud Cinta yang menjadi album kerohanian pertamanya selepas terlibat dalam bidang seni selama lebih 13 tahun.

“Album kerohanian bukan mudah untuk dihasilkan. Ia memerlukan kekuatan dalam diri. Siti bersetuju dan yakin untuk menghasilkan album yang sepenuhnya dengan mesej kerohanian selepas Siti terlibat dalam teater Sirah Junjungan di Istana Budaya awal tahun ini,” bicara Siti saat diajukan pertanyaan mengapa baru sekarang Siti tampil dengan album kerohanian.

Tanpa mahu berselindung, Siti jujur mengakui Tahajjud Cinta memerlukan penumpuan dan penjiwaan yang lebih daripadanya.

Selain mengumpulkan lagu-lagu yang tampil dengan melodi indah dan unik, lagu-lagu dalam bahasa Arab menuntut Siti belajar sebutan dan tajwid yang betul.

Kerana itu, Siti mengambil khidmat bekas ahli kumpulan Brothers, Salleh untuk mengajar dan membetulkan setiap lontaran sebutan bahasa Arabnya.

Bahkan, ungkap penyanyi yang menjadi permaisuri hati ahli perniagaan, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, antara lagu yang paling mencabar baginya sepanjang penghasilan album itu ialah Asma Ul Husna.

“Kalau rakamkan album pop biasa, kita menjiwai lagu itu dengan menggambarkan pelbagai perkara termasuk cinta antara manusia atau perkara yang indah-indah. Tetapi untuk lagu kerohanian, penjiwaan kita tentunya kepada yang Esa.

“Tetapi kalau ditanya tentang lagu yang paling mencabar tentunya bagi Siti lagu Asma Ul Husna. Lagu-lagu lain mungkin hanya lebih kepada penjiwaan, sebab ia dalam bahasa Melayu. Tetapi lagu Asma Ul Husna memerlukan Siti menyebut 99 nama Allah dengan tajwid yang betul,” ujarnya.

Turut menggemari lagu Asma Ul Husna pada trek satu Tahajjud Cinta, bagaimana pun Siti memberitahu lagu tersebut tidak menjadi single pertama album itu.

Katanya, lagu Ku Percaya Ada Cinta yang dicipta oleh komposer terkenal, Audi Mok dan nukilan liriknya oleh Habsah Hassan dipilih sebagai single pertama Tahajjud Cinta.

“Ku Percaya Ada Cinta sangat unik dari segi melodinya. Adunan pelbagai jenis melodi termasuk balada dan Timur Tengah sangat indah.

“Apatah lagi, Audi Mok juga bukan nama baru dalam industri muzik tanah air kerana menghasilkan banyak lagu yang bagus.

“Bagaimanapun kalau ditanya apa lagu kegemaran Siti, keindahan Asma Ul Husna sangat menyentuh hati Siti. Cuma oleh kerana lagu tersebut agak panjang iaitu sekitar 6 minit menyebabkan mungkin stesen radio susah memainkan Asma Ul Husna,” ujar Siti sambil mengharapkan stesen radio seperti Ikim.fm tidak keberatan memutarkan Asma Ul Husna biarpun lagu itu agak lama tempohnya.

Namun begitu, meneliti bait-bait indah lirik lagu Ku Percaya Ada Cinta, ada yang melontarkan pertanyaan, adakah ia sebuah lagu yang mengungkapkan perjalanan kisah cinta Siti.

Tidak menolak kemungkinan ia sedikit sebanyak menterjemah kisah cintanya, Siti memberitahu bagaimanapun dia tidaklah meminta Habsah menulis lirik seperti itu secara langsung.



“Bila kita dapat lagu ini daripada Audi, Siti minta Kak Rozie (Rozie Abdul Razak) untuk memberikannya kepada Kak Habsah. Liriknya pula Siti minta biarlah berkonsepkan ketuhanan agar sesuai dengan album kerohanian ini.

“Mungkin oleh kerana Kak Habsah antara orang yang rapat dengan Siti, sebab itu dia boleh menterjemahkan lirik itu yang mungkin ada sedikit kaitan dengan kisah Siti,” ujar Siti yang bakal menunaikan umrah bersama suaminya dari 14 hingga 19 September ini.

Tidak meletakkan sebarang sasaran jualan untuk album Tahajjud Cinta beritahu diva yang sudah merakam 14 buah album studio, album tersebut dibuat kerana Allah selain memberikan kegembiraan kepada dirinya.

“Siti tidak melakukannya untuk nama atau harga kerana Tahajjud Cinta membuktikan seni tidaklah sejelik yang disangka malah, mampu menjadi karya yang menyentuh terus ke jiwa,” nukilnya mengenai album yang memuatkan lapan lagu itu.

Membenarkan ungkapan Siti, ‘Biar kita syahdu dialunkan oleh lagu hingga air mata menitis merenung kekesalan dan bangkit mengenal siapa kita’, hakikatnya Tahajjud Cinta adalah naskhah murni seru dakwah Siti.

sumber: kosmo! online

Jumat, September 11, 2009

Tahajjud Cinta, Album Terbaru Siti Nurhaliza

Siti Komen Tentang KD, Tahajjud Cinta



Teks oleh Razif Rosdi
Foto oleh Bonie Shariff & SNP


KUALA LUMPUR, 11 SEPTEMBER 2009: Penyanyi handalan negara Dato' Siti Nurhaliza pernah membuat pengakuan mempunyai hubungan sangat akrab dengan diva sensasi Indonesia, Kris Dayanti (KD). Baru-baru ini KD telah diceraikan talak 3 oleh Anang dan pastinya Siti sebagai kawan turut bersedih dengan apa yang menimpa mereka.


Adakah Siti orang yang pertama mengetahui berita perceraian KD itu?


Dalam pada itu, Siti terus unggul mewarnai kariernya sebagai penghibur dengan menghasilkan album studio terbaru Tahajjud Cinta yang berkonsepkan kerohanian.

Jom ikuti temubual bersama Siti tentang pelbagai isu ketika majlis pelancaran album itu di Teeq Brasserie, Rooftop, Lot 10, Jalan Sultan Ismail. petang semalam.

MURAI: Apakah komen Siti tentang perceraian KD dan Anang?

SITI: Sebagai kawan, Insya-Allah Siti akan sentiasa berada di sisinya. Susah senang KD, Siti akan tetap tolong KD. Siti doakan agar KD boleh teruskan kehidupan dan perjuangannya. Siti mahu dia berusaha kuat dalam cabaran yang diterimanya. Tentang hal dalaman, Siti tak mahu campur tangan kerana itu hal rumahtangganya.

MURAI: Adakah Siti antara orang terawal yang tahu tentang penceraian KD?

SITI: Siti tahu pun melalui gosip yang tersebar. Bila dapat tahu, Siti terus SMS KD untuk mendapatkan pengesahan. Siti pun tertanya-tanya, biar betul? Tapi Siti tak tanya lebih-lebih, cuma minta dia banyak bersabar. Sebagai kawan, Siti tetap akan bersama KD. Mungkin ini hari dia, esok lusa kita tak tahu pula hari siapa. Harap-harap KD tabah.

MURAI: Benarkah gosip sebelum ini mengatakan Siti pernah hadiahkan beg jenama LV bernilai RM17, 000 kepada KD sebagai tanda persahabatan?


SITI: Ala.. itu cerita lama. Memang betul Siti pernah beri. Itu pun hanya sebagai buah tangan dan tanda persahabatan.

MURAI: Kenapa baru sekarang Siti baru nak buat album bercorak kerohanian?


SITI: Sebenarnya, dah lama Siti nak buat.. tapi selepas mengikuti Konsert Sirah Junjungan yang dianjurkan oleh Kak Erma Fatima, Siti dapat semangat Siti untuk buat album sebegini.



MURAI: Kenapa hanya 8 lagu saja dalam album ini?

SITI: Mengikut perancangan awal, hanya 7 lagu saja akan dimuatkan dalam album ini. Tapi setelah dibincang dan dinilai, Siti ambil keputusan untuk jadikan 8 lagu. Inilah 8 lagu terbaik yang telah dipilih. Lagi pun AIM (Anugerah Industri Muzik) dah luluskan ia layak bertanding.



MURAI: Apakah lagu yang paling mencabar Siti?
SITI: Dah tentunya Asma Ul Husna. Untuk lagu ini, Siti perlu tahu tajwid dan sebutan yang betul. Kalau salah sebut, salah maknanya nanti. Memanglah kita biasa dengar tapi untuk sampaikan ia perlu diperiksa dengan teliti



MURAI: Kenapa lagu Audi Mok bertajuk Ku Percaya Ada Cinta dijadikan single pertama album ini?

SITI: Lagu ini dipilih disebabkan konsep dan melodinya yang unik. Lagi pun lagu ini sesuai untuk diputarkan di radio. Untuk lagu lain terutama sekali Asma Ul Husna agak panjang dan mungkin radio IKIM yang paling sesuai.



MURAI: Apakah perbezaan menyanyi lagu Ketuhanan dan balada?

SITI: Banyak beza. Untuk lagu ketuhanan, feel lebih tumpu kepada yang Maha Esa. Bila nyanyi terasa betapa kecilnya diri kita.

MURAI: Apakah harapan Siti untuk Tahajjud Cinta?

SITI: Siti tak mahu bagi rating yang tinggi untuk album ini. Siti cuma berharap ia akan dapat lepasi sasaran cukuplah. Insya-Allah, kami akan juga cuba pasarkan album ini ke Indonesia. Siti dapat buat album ini dah satu rahmat dan kegembiraan.

MURAI: Jadi, adakah Siti akan terus fokus menyanyi lagu-lagu bercorak sebegini?

SITI: Kalau perlukan Siti nyanyi lagu bercorak begini pun Siti tiada masalah.

Sementara itu, ketika majlis pelancaran petang semalam, Siti sempat meraikan anak-anak yatim dari Yayasan Seni Karya Prihatin, Melawati. Siti turut mendendangkan lagu terbarunya iaitu Ku Percaya Ada Cinta dan menyanyi secara ramai-ramai bersama artis naungannya iaitu Saerah, Saida dan Coda menerusi lagu Seloka Hari Raya dan Cahaya Aidilfitri.



Sumber. Murray.com